Sunday, June 7, 2009

SUMBANGAN NIZAR & TOK GURU

Pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 tahun lalu di Ipoh, YAB Datuk Sri Nizar yang ketika itu masih bertugas sebagai Menteri Besar mengumumkan sumbangan derma kepada PAS sebanyak RM6,000.00.

Satu stadium bergema takbir para hadirin apabila Pengerusi Tetap mengumumkan jumlah sumbangan Nizar. Masing-masing kagum, seorang yang baru sahaja menjawat jawatan Menteri Besar sudah menghulurkan sumbangan sebanayk itu.

Pada tahun ini pula, dalam Muktamar ke 55, Nizar bukan lagi Perdana Menteri (kata Mahkamah). Ertinya gajinya sebagai Menteri Besar sudah tak ada. Barang kali sudah tiga empat bulan dia tak ada gaji.

Tapi lelaki kamparin ini, membuat kejutan apabila menyumbangkan jumlah yang lebih besar daripada tahun lalu. Atas nama Ahli Parlimen, beliau menyumbang sebanyak RM10,000.00. Manakala sebagai ADUN pula sumbangannya berjumlah RM5,000.000.

Menjadikan jumlah keseluruhan derma kali ini RMK15,000.00.

Sebelum itu, ketika melancarkan kutipan derma, Tok Guru Nik Aziz mengumumkan derma kepada PAS Pusat sebanyak RM15,000.00 yang diniatkan untuk ibu, ayah dan diri beliau sendiri.

Manakala RM1,500.00 lagi didermakan kepada tabung pembangunan Kompleks PAS di Putrajaya. Menjadikan jumlah sumbangannya sebanyak RM16,500.00.

Lu pikir la sorang-sorang....

2 comments:

  1. Salam

    Risau betul ler kalau bab2 derma ni nak diumumkan.
    Kalau boleh...., kalau boleh lah.. biar tangan kiri tak nmpak kalau tangan kanan memberi..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM WRT...

    Benar kata2 sdr kelana, saya setuju. Tetapi Islam tidak syaratkan derma itu mesti disembunyikan. Ada kalanya ia perlu diisytiharkan dengan beberapa tujuan:

    1. Supaya menjadi ikutan orang lain
    2. Untuk mengelakkan fitnah
    3. Sebagai satu perlumbaan amal soleh yang sihat. (Nak hurai 3 perkara ni panjang le).

    Rasulullah SAW, para sahabat khususnya Abu Bakar dan Umar sering melakukan amalan secara rahsia dan sering juga melakukannya secara terang2an.

    Saidina Abu Bakar mengisytiharkan di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain bahawa beliau mendermakan habis semua hartanya. Umar pula mengisytiharkan derma separuh hartanya.

    Bagi pimpinan PAS, mereka mengisytiharkan jumlah sumbangan (bukan semua) dengan tujuan memberikan semangat dan motivasi kepada ahli supaya turut menguhulurkan sumbangan. Dengan kata lain, apabila ahli mendengar pimpinan menghulurkan sumbangan sebanyak itu, maka mereka akan berkata, "Kalau Tok Guru boleh bagi RM15,000, takkan aku tak boleh bagi RM150!"

    Kedua, disudut perjuangan pengumuman itu mampu memberi kesan kepada pihak yang menentang perjuangan Islam. Satu mesej yang amat berguna kepada mereka bahawa, "Kami pejuang-pejuang Islam berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan untuk mendapatkan harta dunia seperti kamu. Kami sanggup berkorban jiwa raga dan harta serta wang ringgit untuk perjuangan ini."

    Bukankah ini memberikan satu kegerunan kepada musuh!

    Tetapi bagi sesiapa yang merasakan dirinya tidak mampu bertahan menghadapi serangan penyakit riya', maka lebih baik ia dirahsiakan. Wallahu a'lam...

    ReplyDelete