Tuesday, September 1, 2009

SEJAK BILA SPR ADA KUASA TENTUKAN KERUSI DUN?

Semakin pening politik Malaysia. Kuasa mengisytiharkan sesuatu kerusi itu kosong atau berisi ialah kuasa speaker. Tapi dalam kes di Perak dan Kedah, SPR bertindak sebagai hakim mengisytiharkan kerusi itu masih berisi.

Surat pemakluman kekosongan kerusi oleh speaker itu dianggap satu permohonan. Speaker memaklumkan. Bukan memohon. Tugas SPR bila speaker isytiharkan kosong, kena adakan pilihanraya.

Adakah kedudukan SPR lebih tinggi dari kuasa yang dipertua dewan?

Sunday, August 30, 2009

SIAPA PEJUANG MERDEKA

Bila tiba musim merdeka ni, maka radio, TV, surat khabar dan lain-lain sibuk memaparkan perjuangan pihak yang dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan. Gambar-gambar pimpinan Umno dahulu kala disiar kembali. Filem Bukit Kepong bagaikan satu kemestian musim merdeka ini.

Benarkah mereka pejuang kemerdekaan? Siapa orang-orang Melayu yang berperang menentang komunis tahun 40an dahulu? Mereka hanyalah polis yang bekerja dengan penjajah. Mereka berperang bagi pihak penjajah Inggeris menentang pasukan komunis. Jadi adakah mereka pejuang kemerdekaan?

Jika benar mereka pejuang kemerdekaan, sepatutnya bukan sekadar lawan komunis, tetapi lawan juga Inggeris.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Umno yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Inggeris dengan penuh terhormat. Orang Putih serah negara ini kepada mereka dengan senyuman kerana mereka bakal menyambung pemerintahan ala penjajah dan membawa ideologi penjajah. Orang Putih tahu, kalau negara ini bagi pada Umno maka selama-lamanya Islam tidak akan berdaulat. Justeru, Umnolah anak emas penjajah.

Sebagai balas budi Inggeris, Umno tidak berani melaungkan slogan MERDEKA seperti yang dilaungkan oleh PAS dan pertubuhan-pertubuhan Melayu lain. Mereka hanya berani menjerit, "Hidup Melayu!"

Slogan MERDEKA pastinya lebih menggerunkan penjajah daripada slogan Hidup Melayu. Justeru ramai pimpinan Melayu Islamis yang ditangkap dan disumbat ke dalam penjara penjajah, termasuklah Ustaz Abu Bakar Mohd Said Al Baqir, Abd Rabb At Tamimi dan Ustaz Abd Rauf Nur.

Inggeris tidak akan serahkan kemerdekaan kepada anak Melayu Islam sejati. Mereka tak mahu golongan ulama' ini mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Mereka bimbang muncung senapang dunia Islam akan berpusing dan menghala ke arah negara mereka.

Justeru, mereka membela dan menggula-gulakan pimpinan Umno. Dalam masa sama mereka tekan, tindas, serang, tangkap dan bunuh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar. Tok Janggut dibunuh di Pasir Putih, Maharajalela ditangkap, Abd Rahman Limbong dibuang negara, Abu Bakar Al Baqir dipenjarakan dan ramai lagi...

IFTAR JAMAIE DPPKB


Semua kaum Muslimin dan Muslimat dipersilakan hadir ke Majlis Iftar Jamaie dan ceramah sempena Badar Al Kubra anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bentong seperti butiran berikut:


Tarikh : 11 September 2009

Hari : Jumaat

Tempat: Markaz Chegar Medang

Penceramah:

Ustaz Nor Azli Musa (Bekas Pegawai Agama MB Perak)

YDP PAD Kawasan Ipoh Timur

Timbalan Pengurus Pasukan Bola Sepak Negeri Perak


Dengan itu juga kami mempelawa sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan derma atau membuat penajaan Majlis berkenaan. Sila hubungi Ketua Pemuda atau Setiausaha.

Saturday, August 22, 2009

UMNO KHIANATI MELAYU DAN ISLAM

Sekali pandang, isu tuduhan pengkhianat kepada Anwar hanya bersifat serangan peribadi. Namun jika diteliti secara mendalam, isu ini sengaja ditimbulkan dan dijangka akan terus didendangkan selama sekurang-kurangnya 2 tahun setengah.

Umno/BN sudah mengkaji bahawa mereka sangat sukar untuk mendapat sokongan non-Melayu pada dua tiga penggal pilihanraya akan datang. Maka peluang yang mereka ada ialah sokongan Melayu. Justeru kini mereka mengorak langkah untuk memainkan isu-isu kemelayuan dan agama bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Sedikit sebanyak, mereka telah berjaya mendapat tambahan undi Melayu dalam beberapa PRK setelah bermain dengan isu perkauman ini. Kini mereka semakin giat mempromosikan isu kononnya PAS diperkudakan oleh Dap untuk memecahbelahkan orang Melayu, PAS menggadai prinsip perjuangan Islam, PAS bekerjasama dengan penentang Islam, PAS kerjasama dengan Anwar yang merupakan pengkianat Melayu.

Justeru isu ini dilihat bukan sekadar serangan ke atas batang tubuh dan peribadi Anwar. Ia lebih merupakan strategi politik untuk mengalihkan sokongan orang Melayu daripada PAS dan PKR kepada Umno/BN.

Hakikatnya, Umno/BNlah yang telah khianati bangsa dan bahasa Melayu serta agama Islam sejak merdeka. PAS tidak pernah jadi kerajaan di peringkat federal. Yang jadi kerajaan ialah Umno dan BN. Yang menggubal dasar ialah mereka. Bukan kita. Justeru yang menghapuskan kedudukan baik orang Melayu adalah mereka, bukan kita.

Berikut ialah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu dan Islam (banyak lagi yang lain, sekadar menyebut 17 sahaja yang disenaraikan oleh Datuk KJ):

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.



Sunday, August 16, 2009

3 PROGRAM BESAR


Tahniah kepada PAS Pahang dan Dewan Pemuda PAS Pahang kerana berjaya mengadakan 3 program besar peringkat negeri sepanjang tiga hari lalu.

Bermula Jumaat lalu, DPPNP mengadakan brainstorming di Markaz Cempaka Lanchang melibatkan semua pimpinan pemuda peringkat negeri, kawasan dan lajnah-lajnah peringkat negeri dan kawasan.

Pembentangan kertas kerja disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Program ini berlangsung selama dua hari bermula petang Jumaat dan berakhir tengah malam Ahad.

Keesokan harinya, Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang pula mengadakan konvensyen Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden bagi tahun 2009. Pembentangan kertas kerja bertajuk Islam Memimpin Perubahan disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Seramai 3 orang membahaskan ucapan berkenaan iaitu wakil DPPNP, wakil DMPNP dan wakil DUPNP.

Di sebelah petang pula, konvensyen Bahasa Kebangsaan diadakan dengan menampilkan tokoh bahasa, Samad Said. Konvensyen ini turut dihadiri oleh pencinta-pencinta Bahasa Melayu dan wakil-wakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sekolah-sekolah berhampiran.

Monday, August 10, 2009

KUMUTHA KAGUM DENGAN MUSLIMAT PAS

Wanita India yang menganggotai Kelab Penyokong PAS dan diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding mewakili kaum India di Johor dalam PRU12 lalu berucap di Jengka minggu lepas. Antara lain katanya:

"Antara sebab saya tertarik dengan PAS ialah pegangan PAS yang kukuh kepada agama Islam. Islam menetapkan wanitanya perlu menutup aurat. Tidak boleh bergaul bebas lelaki perempuan. Bersalaman lelaki perempuan juga di larang."

"Bila saya lihat muslimat PAS, mereka berpegang dengan ajaran Islam ini. Tidak ada pergaulan bebas antara muslimat PAS dan musliminnya. Tapi bila saya tengok Umno, mereka dengan tanpa segan silu bersalaman antara lelaki dan perempuan..."

Lihatlah gambar ini, betapa berselera dan berahinya Najib bersalaman dengan wanita itu. Takkan itu semua anak dia. Pastinya mereka bini orang dan anak orang lain yang takde kena mengena dengan Najib. Jadi apa nak dihairankan kalau ada wanita puaka yang berpeluk dan bercium dengan artis lelaki Bolywood....


Saturday, August 8, 2009

KEPUTUSAN UNDI ISA DI KDN

KEPUTUSAN UNDIAN DALAM LAMAN WEB
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

(http://www.ikdn.gov.my/)
(Hingga jam 11.50 malam 8 Ogos 2009)


Apa yang anda mahu dari ISA?
1. Dimansuhkan 90% (11,237 undi)
2. Diteruskan dengan semakan 9% (1,163 undi)
3. Saya keliru 0% (40 undi)



Pada pandangan anda, ISA adalah...
1. Preventian law (undang2 pencegahan) 11% (1308 undi)
2. Draconian law (undang2 kejam) 87% (10,622 undi)
3. Tidak pasti 2% (272 undi)

Thursday, August 6, 2009

AMARAN NABI TERHADAP FRU

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

صِنْفَانِ مِن أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهْمَا:

1. قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ

2. وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ

لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَ إِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

– رواه مسلم

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata: Sabda Rasulullah SAW:

“Ada dua golongan penghuni neraka di kalangan manusia yang aku belum bertemu mereka.

1. Golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.

2. Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget.

Golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya, sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

(Hadith riwayat Muslim)

* Imam An Nawawi berkata, pada zamannya maksud golongan yang suka memukul orang itu ialah polis.

* Zaman sekarang agaknya FRU kot….

Sunday, August 2, 2009

CATATAN MENYAYAT HATI ANAK MANGSA ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.

Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya……

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur…

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis….

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah… Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian….

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah…

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur… Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya…hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut….

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan… namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan…


*Kini Suhaib (gambar bawah) sentiasa bersama ibunya, Puan Laila. Puan Laila pula tidak jemu-jemu selama 7 tahun berjuang untuk membebaskan suaminya. Beliau telah menjelajah seluruh pelusuk negara, bahkan hingga ke PBB untuk menuntut keadilan bagi suaminya. Anda boleh berkunjung ke blognya: www.lailagmi.blogspot.com




SYABAS PERWIRA NEGARA...

Dewan Pemuda PAS Bentong mengucapkan syabas dan tahniah kepada perwira negara... 31 Julai Hari Pahlawan. 1 Ogos mereka menunjukkan keberanian mereka berjuang menentang akta zalim ISA. Merekalah perwira sejati.

Umno/BN hanya nampak polis dan askar sebagai wira negara. Tetapi hari ini pemuda PAS buktikan, "Kamilah wira yang berjuang untuk menyelamatkan negara ini."

Sebaliknya polis, terutama FRU bukan lagi wira negara. Wira negara sepatutnya berjuang menegakkan keadilan menentang kezaliman, menentang musuh negara, mempertahankan rakyat. Malangnya FRU hari ini bertindak kejam terhadap rakyat.

PAS telah melalui sejarah demonstrasi yang panjang. Tidak pernah para demonstran membawa senjata ketika berdemonstrasi. Tidak pernah mereka membakar dan memusnahkan kemudahan awam. Sebaliknya kekecohan berlaku apabila polis buat kacau. Kesesakan lalu lintas berlaku bila polis buat sekatan. Peniaga tutup kedai bila polis tembak gas pemedih mata.

Biarpun media pro BN menuduh himpunan itu menjejaskan perniagaan peniaga di jalan Tuanku Abdul Rahman, hakikatnya para peniaga mendapat untuk yang banyak apabila manusia datang dalam jumlah yang begitu ramai. Sambil-sambil demo, mereka membeli belah. Peniaga tak tutup kedai.

Mereka hanya tutup bila polis menggila dan bertindak hanya ikut arahan. Tembak sana sini ikut suka hati.

Cuba bandingkan demo kita dengan demo di negara lain. Jauh seribu kali lebih beradab para pendemonstrasi Pakatan Rakyat. Yang tak beradabnya siapa, polis!

Setakat nak lawan serangan polis tu, seratus ribu yang hadir ini sekali rap saja, penyet FRU tu. Tapi kita tidak buat begitu kerana demo kita demo aman. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana kita berdemonstrasi secara aman.

Namun kita sedar, kita ada malaikat yang sentiasa mencatat. Kita ada ALLAH yang sentiasa melihat dan pasti akan membalas di sana kelak. Allahu Akbar!

____________________________________






Pantang Undur... "Kamu hanya boleh tangkap kami, tapi kamu tak boleh padamkan semangat juang kami."







Ini bukan di Palestin, tapi di Malaysia. "Pukullah selagi kamu rasa kamu berkuasa. Akan tiba suatu saat, kamu pula akan dipukul oleh malaikat."






Yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, bukan demonstrasi, tapi disebabkan sekatan polis. "Awak yang kentut, tapi bila dah bau busuk awak kata orang lain berak...."




Ini entah brother mana tah... Tunggu Berahim Ali tak sampai-sampai.... Cuba tengok ayat kat baju dia tu... "Kekalkan ISA-Pertahan Hak Istimewa Orang Melayu"...

Apa ko tak tau ke, yang dok kena tahan di kem Kamunting tu majoritinya Melayu, kebanyakannya pejuang Islam. Bahkan ulama'pun dah ramai yang disiksa di situ. Apa punya bahl**...











Friday, July 31, 2009

KALUNG LAGI....

Banyak pihak menyeru supaya Majlis Fatwa keluarkan fatwa mengenai kezaliman ISA.

Pada pandangan penulis, kalau fatwa dikeluarkan pun tak jadi apa. Pemimpin Umno tak pernah hormat fatwa. Lihat saja dalam isu fatwa berkenaan kalung bunga di Tugu (berhala) Peringatan Negara.

Dulu bila anak ulama' naik jadi PM, ingatkan nak buat perubahan. Rupanya sama je. So, apa nak heran bila Najib pun kalungkan juga.

Dalam Umno ni tak kira anak ulama' ke anak sape ke. Asal duduk dalam kapal Umno, maka haluannya sama.

So, apa yang penting (kata wonderpet) hapuskan Umno!


Untuk rekod:
1. KEPUTUSAN FATWA NEGERI PAHANG

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM PAHANG 1991
(Enakmen 3/91)


FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

2. KEPUTUSAN FATWA NEGERI PULAU PINANG

Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
"Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga."

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608



3. KEPUTUSAN FATWA NEGERI PERLIS

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428


DLM PRK MANEK URAI, TPM MUHYIDIN CABAR PAS DEDAHKAN KESESATAN UMNO. LIHATLAH GAMBAR DI BAWAH. DULU KINI DAN SELAMANYA UMNO MELAKUKAN SYIRIK. MENGALUNGKAN BUNGA PADA PATUNG-PATUNG BERHALA YANG TIDAK BERNYAWA.... BIAR BERPULUH FATWA DIKELUARKAN, PEMIMPIN UMNO AKAN KATA.... PERGI JAHANAM LA FATWA...

Tuesday, July 28, 2009

16 TAHUN DALAM SANGKAR BESI

ISA KURUNG ULAMA'
Ketika isu Al Arqam hangat pada tahun 1993 yang lalu, ramai yang tertanya-tanya, kenapa kerajaan Thai bekerjasama menangkap dan menyerahkan Abuya kepada kerajaan Malaysia. Apa kepentingan Thailand dalam isu ini. Tidak ada.

Tetapi Thailand mengambil kesempatan di atas isu ini untuk menuntut seorang ulama' Patani yang bermastautin di Malaysia. Baba (Tuan Guru) Bedung yang telah sekian lama tinggal di Malaysia dan membuka pondok pengajian Islam di Kedah, telahpun menjadi rakyat Malaysia yang sah.

Di Malaysia, beliau tidak menyusahkan kerajaan Malaysia, mahupun kerajaan Thai. Beliau hanya mengabdikan diri kepada Allah menerusi menyebaran ilmu-ilmu Islam dipondoknya. Namun kerajaan Siam yang menaruh dendam terhadap pejuang Islam ini telah mengambil kesempatan di atas isu Ashaari dan Al Arqam untuk menuntut kerajaan Malaysia supaya menyerahkan Baba Bedung.

Sepatutnya Malaysia tidak melayan tuntutan Thai kerana Baba Bedung sudah menjadi rakyat Malaysia dan beliau tidak pernah melakukan apa-apa jenayah. Namun ketamakan pemimpin kedua-dua negara menyebabkan mereka menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Baba Bedung lalu diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand. Di pihak Siam pula, mereka menangkap Ashaari dan menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia.

Semenjak itu kita tidak tahu apa khabar berita Baba Bedung. Sedangkan Ashaari yang ditahan hanya beberapa hari, kemudiannya dibebaskan setelah membuat pengakuan terbuka yang disiarkan di kaca TV.

Baru-baru ini, Ustaz Fauzi Husein, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Kedah bertemu dengan anak Baba Bedung yang sedang belajar di sebuah pusat tahfiz Al Quran. Beliau bertanya perkhabaran Baba Bedung.

Sambil menangis teresak-esak, anaknya memberitahu bahawa sejak ditahan, ayahnya dikurung di dalam sebuah sangkar besar di sebuah penjara berhampiran sempadan Burma. Di peringkat awal, beliau telah diseksa dengan berbagai-bagai bentuk seksaan. Askar Thai membakar getah di atas sangkar itu, apinya menitik di atas tubuh ulama' Patani ini menyebabkan kulit tubuhnya berlubang-lubang.

Hingga kini beliau masih dikurung dalam sangkar besi bersaiz 6 kaki panjang dan lebar.

Semua ini berlaku kerana angkara zalim ISA!


Sunday, July 26, 2009

MANSUH ISA.... Bukan Tangguh

Oleh: Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
(Ketua Pemuda PAS Pusat)

1. ISA tidak lagi relevan! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini.

2. ISA diwujudkan sejak 1 Ogos 1960 [1 Ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara.

3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah, Majlis Peguam membantah akta ini [ISA] kerana berpagang kepada sebab–sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [Tun Abdul Razak] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis. [Mingguan Malaysia, 25 Jun 2000]

4. Rasionalnya, apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita, maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen.

5. Sungguh! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara. Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama. Bukankah Negara memiliki PDRM, SPRM, institusi kehakiman, Jabatan pendakwaraya, peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita. Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan? Tidak masuk aqal!

6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [orang politik] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya.

7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah.

8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang–undang yang zalim dan primitif.

9. ISA tidak demokratik. Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang–undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [tidak termasuk perjalanan yang perlu] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu.

10. Kerana saya tidak setuju! ISA mesti dimansuhkan! Anda setuju?





Friday, July 24, 2009

KENAPA TIDAK TERUS MASUK PAS?

PAS BAHTERA YANG MENYELAMAT

Oleh: Ketua Pemuda PAS Kawasan Bentong


PAS telah wujud sejak tahun 1951. Namun perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS adalah kesinambungan perjuangan Hizbul Muslkimin yang diharamkan oleh penjajah pada 1948. Bahkan lebih dahulu dari itu, perjuangan suci ini telah ratusan tahun dibawa oleh pejuang-pejuang dan ulama’ terdahulu dan ribuan tahun oleh para nabi dan rasul ‘alaihimussolatu wassalam.

JATUH BANGUN

Dalam tempoh berkenaan, PAS telah menelusuri onak dan duri, jatuh dan bangun, ditekan dan dilawan, menang dibeberapa buah negeri, parlimen dan Dun. PAS pernah menang di Terengganu dan Kelantan ketika kesedaran Islam masih belum tinggi atau dengan kata lain ketika kain tudung kepala belum begitu glamour. PAS pernah berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional yang menghasilkan beberapa institusi Islam dan perbankan Islam.

PAS seterusnya merasa betapa peritnya ditendang keluar dari Barisan Nasional dan tewas di Kelantan. PAS juga pernah tinggal 2 kerusi pada tahun 1986. Ketika wakil PAS di Parlimen, Pak Nik Lah berucap, semua MP Umno (Melayu/Islam) keluar. Yang tinggal hanya yang bukan Islam.

Perpecahan Umno pada tahun 1987, memberikan keuntungan kepada PAS apabila berjaya menyapu bersih kerusi DUN Kelantan pada 1990. Itu kemenangan yang diraih bersama bekas ahli dan pemimpin Umno yang membentuk Semangat 46 (kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 dan seterusnya dikuburkan oleh mereka sendiri).

Dengan beberapa isu yang timbul, gejala murtad, kecaman secara terus terang Dr Mahathir terhadap golongan ulama’ membangkitkan dan melonjak sokongan rakyat kepada PAS, khususnya pada Pilihanraya Kecil Arau awal 1998. Ulama’ tersohor, Ustaz Hashim Jasin berjaya menewaskan adik MB Perlis dalam pilihanraya berkenaan. Kebangkitan rakyat sedang membara ketika itu.

Kayu yang sedang membara itu tiba-tiba menjulang api besar apabila timbul isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, November 1998. Natijahnya, hanya setahun selepas itu, PAS menjadi parti pembangkang yang terbesar bilangan wakilnya di Parlimen. Jawatan Ketua Pembangkang yang biasanya disandang oleh wakil DAP, beralih tangan kepada Dato’ Fadhil Noor, Presiden PAS. Jawatan yang dipegangnya hingga keakhir hayat.

Walaupun mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan pada 2004, namun Pilihanraya 2008 menyaksikan PAS kembali bangkit degan memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan oleh pembangkang. Walaupun kerusi parlimen mencatatkan PAS berada di tangga ke 3 (23 kerusi) selepas PKR (31) dan DAP (28), namun jika dicampur dengan semua kerusi termasuk Dun, maka PAS adalah parti alternatif yang paling mendapat sokongan rakyat. PAS memenangi hati rakyat bawahan dengan mendapat 84 kerusi Dun, manakala Dap (40) dan PKR (73). PAS juga mempunyai 3 orang Menteri Besar, Dap (1) dan PKR juga (1).

KERJASAMA

PAS menerusi kepimpinan ulama’ sentiasa bersedia berdialog, berbincang dan berkerjasama dengan pelbagai pihak. Sejak awal penubuhan, PAS sememangnya bersikap terbuka. Dalam menuntut kemerdekaan, satu sejarah yang cuba disembunyi, PAS lebih kehadapan dalam menuntut kemerdekaan. Slogan PAS ketika itu ialah, “Merdeka!” Sedangkan slogan Umno, “Hidup Melayu!”

Umno tidak berani menzahirkan kebencian mereka kepada penjajah. Lihat saja slogannya. Lihat saja pada namanya. Walaupun ia pertubuhan Melayu, namun nama pertubuhan itu disingkatkan dari istilah bahasa Inggeris iaitu ‘Umno’. Hingga kini mereka langsung tidak masyhurkan nama ‘Pekembar’.

Pun begitu PAS sentiasa terbuka dengan Umno. Presiden PAS pernah berceramah bersama Presiden Umno di atas satu pentas. PAS terlibat dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN). Kemuncak kepada keterbukaan PAS ialah kesediaan PAS menyertai Barisan Nasional bagi merealisasikan agenda Islam. Walaupun kemudiannya ditendang keluar, namun dalam tempuh yang singkat itu, PAS telah berjaya memainkan peranan membangunkan institusi dan sistem Islam yang sehingga kini dinikmati oleh seluruh rakyat. Ijtihad ulama’ PAS ketika itu ternyata memberikan kebaikan.

PAS turut membuka pintu kerjasama dengan pertubuhan lain yang sebahagiannya lebih merupakan bantuan PAS untuk pertubuhan berkenaan terus hidup. Majlis Perundingan China (CCC) pernah bekerjasama dan mengeluarkan deklarasi bersama dalam beberapa isu. Parti Nasionalisma Malaysia (Nasma) yang wujud hanya ‘beberapa saat’ turut diberi muka oleh PAS pada awal 80-an. PAS turut bekerjasama dengan parti yang bercanggah ideologi mereka dengan prinsip perjuangan Islam yang dipegang oleh PAS, iaitu PSRM dan Dap.

Antara kerjasama yang besar ialah kerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan Parti S46, Hamim dan Berjasa. Walaupun PAS tahu Hamim dan Berjasa hanya ‘hidup segan mati tak mahu’ namun PAS meraikan mereka atas dasar perpaduan ummah. PAS juga tahu pendokong S46 tidak ada agenda yang besar selain mahu menubuh kembali Umno asal yang telah diharamkan, namun PAS memberi ruang kerjasama. Bahkan jawatan Timbalan MB2 Kelantan diwujudkan semata-mata untuk menjaga persahabatan.

Ketika Datuk Seri Anwar dipecat, PAS memberikan pentasnya kepada Anwar untuk diangkat naik kembali. Ini bukan kerja baru. Dr Mahathir juga pernah menumpang pentas PAS ketika dihalau oleh Tungku. Namun PAS tidak menganggap mereka menumpang. Sebaliknya PAS berpegang kepada prinsip, sebesar manapun dosa seseorang itu, Allah tetap memberinya peluang untuk bertaubat. Seorang pemuda Bani Israel diterima taubatnya oleh Allah, walaupun dia telah membunuh 99 nyawa dan kemudiannya menggenapkan bilangan 100. Seorang wanita umat Nabi Musa diterima taubatnya walaupun dia telah berzina, mengandung anak luar nikah dan seterusnya membunuh anak berkenaan selepas kelahiran. Jibril sendiri turun mengumumkan kepada Musa AS bahawa Allah menerima taubatnya.

Menangani isu Anwar, PAS membuka pintu Markaz Tarbiahnya di Taman Melewar untuk dijadikan tempat berhimpunnya para simpatis terhadap Anwar menubuhkan Gerak. Bukan sekadar parti politik yang menjadi tetamu di Taman Melewar, bahkan NGO dan tokoh perseorangan turut menggabungkan diri ke dalam Gerak.

Oleh kerana kerap berpidato bersama pimpinan PAS, ramai ahli PAS berharap agar Anwar menyertai PAS, biarpun ketika itu Anwar berucap mengatakan, “Saya masih sayangkan Umno.” Harapan itu adalah atas dasar hubungan baik Anwar sebelum ini dengan pimpinan PAS serta gandingan PAS-Abim dipersada politik Islam suatu ketika dahulu.

Harapan ahli PAS ternyata tidak disambut Anwar. Setelah ditangkap, pengikut-pengikutnya yang dipimpin oleh Wan Azizah dan Ezam menubuhkan Adil. Kemudian diisytiharkan penubuhan parti baru yang menggunakan lesen sebuah parti politik yang sudah tidak aktif. Parti KeADILan Nasional (PKN) kemudiannya menukarkan namanya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah kemasukan pimpinan PRM (asalnya penggabungan, tetapi PRM terus wujud hingga kini).

Biarpun sedikit kecewa, Anwar dan penyokongnya enggan menyertai PAS, namun PAS turut menjalin hubungan mesra dengan mereka. Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi PAS sejak sekian lama diberikan kepada Wan Azizah sebagai mewakili Barisan Alternatif.

Kerusi Lembah Pantai yang sinonim dengan PAS dan merupakan kubu kuat PAS di ibu kota diserahkan kepada Zainol Zakaria dan kemudiannya anak Anwar, Nurul Izzah. Bahkan PAS juga terlalu banyak bertoleransi menyerahkan kawasan-kawasan lain di seluruh negara yang merupakan kubu kuat PAS, untuk ditandingi oleh PKR. Ramai ahli PAS yang merungut, “Depa bertanding kawasan kita, tapi petugas depa ada dua tiga kerat ja. Kita yang dok tolong kempen.” Rungutan ahli PAS cuba diredakan oleh pimpinan, bahawa kita perlu hormati rakan.

Dalam melayar bahtera perjuangan yang ramai orang hendak tumpang, pimpinan PAS sentiasa berhati-hati. Setiap tahalluf dikaji di peringkat Majlis Syura supaya maslahah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS terpelihara.

Tidak sedikit di antara mereka yang kemudiannya lari dan memutuskan persahabatan dengan PAS. Sejarah mencatatkan, PAS tidak pernah memutuskan tali persahabatan. Namun ‘penumpang-penumpang’ inilah yang selalunya meninggalkan dan memungkiri janji setia serta ‘sumpah keramat’ mereka.

MENEMPEL

Selain parti politik, terdapat orang perseorangan yang turut menumpang bahtera PAS ini. Mereka ini kebanyakannya golongan yang tidak cenderung kepada parti politik. Ada juga yang tidak cenderung kepada perjuangan Islam. Yang cenderung kepada perjuangan Islam pula, ada yang mendakwa PAS merintis jalan yang tidak syar’i dengan menyertai pilihanraya. Bahkan ada juga yang mendakwa perjuangan secara solo lebih baik.

Namun golongan ini terpaksa juga menumpang bahtera PAS apabila mereka dianiaya, perjuangan mereka dicabar, mereka disingkir dari pertubuhan yang mereka anggotai sebelum ini dan sebagainya.

Bukan sekadar menerima kehadiran mereka dan memberi pentas kepada mereka, bahkan ada yang diberikan kawasan parlimen dan Dun untuk mereka bertanding, biarpun mereka tidak menyertai PAS.

Ada antara mereka yang turut berdemonstrasi berama-sama dengan PAS apabila PAS mengetengahkan isu yang mereka prihatin. Ketika berdemonstrasi isu Palestin, kumpulan yang selama ini mengatakan perjuangan PAS tidak syar’i turut mengusung bendera mereka dan menyusup di celah-celah saf pemuda PAS. Ketika isu PPMSI, ramai pejuang bahasa bersama PAS dalam aktiviti bantahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Apabila PAS mengutarakan isu berkaitan setinggan, maka pejuang-pejuang yang membela golongan ini menempel di anjung PAS. Apabila ada individu teraniaya, maka PAS membela mereka kerana PAS berpegang kepada prinsip Islam yang menentang kezaliman walau ke atas orang yang bukan Islam. Individu ini akhirnya mula jinak di dalam majlis ceramah PAS dan turut serta berkempen untuk calon PAS di dalam pilihanraya. Begitu jugalah dengan isu-isu yang lain. PAS menerima mereka seadanya.

KENAPA TIDAK TERUS SERTAI PAS

Namun yang agak menghairankan, kenapa golongan ini masih terus dengan ideologi mereka dan enggan menyertai PAS. Allah sudah membuka laluan kepada mereka untuk menumpang bahtera ini barang seketika. Allah beri ruang kepada mereka melihat betapa ikhlasnya pejuang-pejuang PAS.

PAS telah melayarkan bahtera perjuangan ini sejak sekian lama. Adakalanya di atas, adakalanya di bawah. Kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah. Ada pimpinannya yang jadi Menteri Besar, ada yang dapat dato’, tan sri dan sebagainya. Ada juga yang disumbat ke dalam penjara, Kem Kamunting, bahkan ada yang dibunuh.

Namun parti ini tetap istiqamah di atas perjuangan ini. Perjuangannya terus menerus tanpa henti. Semua parti Melayu yang seangkatan dengannya sudah berkubur termasuk Umno yang diharamkan pada 1988, namun PAS tetap teguh melayari bahteranya.

Jadi, apa lagi yang tak kena dengan PAS. Mengapa ikut PAS hanya dalam isu-isu tertentu sahaja. Mengapa tidak terus sahaja sertai PAS. Bukankah menyertai perjuangan Islam ini satu kemuliaan. Bukankah bersama-sama dengan jamaah Islam ini mendatangkan pahala.

Kadang-kadang penulis merasa sedih dan simpati terhadap pejuang-pejuang yang sanggup membiarkan diri mereka dikurung di penjara dan disiksa bertahun-tahun lamanya, namun jalan perjuangannya tidak dibina atas nama Islam. Alangkah besarnya ganjaran Allah di atas kesukaran yang terpaksa mereka tempuh andainya mereka berjuang atas nama Islam.

Saturday, July 11, 2009

MURSYIDUL AM DAN TIMBALAN PRESIDEN CERAMAH DI MANEK URAI

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS di Manek Urai, Abd Fatah Harun memberitahu wartawan bahawa Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru selesai pembedahan kecil di hospital bakal berceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS di Manek Urai dalam waktu terdekat.

Pengumuman berkenaan sekaligus menafikan spekulasi yang dicanang oleh pihak media kononnya Timbalan Presiden PAS itu enggan ke Kelantan atas sentimen isu kerajaan perpaduan.

Walaupun sebelum ini, Abd Fatah dilaporkan berkata ketidak hadiran Ustaz Nasha ke penamaan calon mungkin disebabkan malu muka, namun Astro Awani petang ini menyiarkan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa Timbalan Presiden tidak ada di Manek Urai kerana sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

Sekali lagi, Umno/BN gagal melaga-lagakan pimpinan PAS. Allahumma rudda kaidahum 'ala nuhurihim.

Friday, July 10, 2009

Timbalan Presiden Dalam Rawatan

Gambar yang menjawab beberapa persoalan
Walaupun isu kerajaan perpaduan sudah ditutup oleh Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden PAS, namun masih ada suara-suara sumbang yang terus cuba mengeruhkan suasana dan 'mencucuk sana sini' bagi merenggangkan hubungan sesama pimpinan dan ahli PAS.

Ada yang masih menulis dan menyenaraikan "kesilapan" Presiden mengeluarkan ijtihad, hingga menyebabkan Naib Presiden, merangkap pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang mengungkit dan menimbulkan kembali isu ini.

Dalam menghadapi pilihanraya Manek Urai, ada kalangan tertentu yang menyindir ketidak-hadiran Timbalan Presiden ke pusat penamaan calon dengan pelbagai andaian dan penghinaan. Tidak cukup lagikah penghinaan yang diberikan kepada beliau ketika isu berkenaan sedang memuncak baru-baru ini.

Timbalan presiden adalah antara pemimpin PAS yang amat kurang 'melayan' pertanyaan media dan sebelum pemilihan lalu, beliau langsung tidak bersedia untuk ditemuramah oleh wartawan khususnya dari media berbahasa Melayu kerana bimbang disalah-ertikan kenyataannya.

Namun kesilapan beliau menjawab pertanyaan wartawan yang menyerbu dan mendesak dengan soalan bertalu-talu di parlimen tempohari menjadi peluru hidup kepada sesetengah pihak untuk menghentam dan melanyak beliau walaupun Mursyidul Am sendiri sudah menarik balik kata-katanya dan telah menyelesaikannya secara anak beranak.

Kini apabila Ustaz Nasha tidak kelihatan di pusat penamaan calon PRK Manek Urai, ada yang mengandaikan beliau sebagai tidak bertanggung-jawab, malu muka, gah dengan jawatan dan sebagainya.

Hakikatnya, Ustaz Nasha sedang menanggung derita dengan penyakitnya dan terpaksa dilakukan pembedahan di Hospital Serdang.


Wednesday, July 8, 2009

Akhirnya... PPSMI TERPAKSA DIKUBURKAN JUGA

Petikan berita terkini Utusan sebentar tadi:






Sunday, July 5, 2009

ISU BABI DI KEDAH

DAP Kedah ternyata terdesak dengan asakan Gerakan yang cuba memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang China. Bimbang sokongan kaum itu beralih kepada Gerakan, DAP Kedah mula mengorak langkah untuk menjadi juara dalam isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Gerakan. Berikut adalah petikan tulisan Zulkifli Yahya dalam Harakah Daily yang menjelaskan pokok persoalan isu ini:

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.

Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!

Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.

Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.

Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.

Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.

Bukan isu perkauman

Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.

ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.

Dalam pada itu, Umno bermain 'perang saraf' di kalangan orang Melayu, "Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak."

Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, "Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan."

Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.

Hero masyarakat Cina

Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.....

Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik.

Tuesday, June 30, 2009

NAZRI KECEWA KANAK2 GAGAL DIKEKALKAN KAFIR

PAS menerusi presidennya, menjunjung kasih di atas keputusan Majlis Raja-raja yang tidak memperkenankan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama. Jika ia diperkenankan dan diluluskan di parlimen, maka jika ada mereka yang ingin memeluk Islam, maka anak-anak tidak boleh dibawa sekali ke dalam agama suci ini.

Di sudut undang-undang, anak-anak akan kekal dengan agama asal ketika ikatan perkahwinan dilangsungkan.

Dengan kata lain, kanak-kanak bukan Islam di Malaysia, langsung tiada peluang di sisi undang-undang untuk memeluk Islam. Untuk memeluk sendiri, mereka belum sampai umur. Untuk mengikuti ibu/ayah yang memeluk Islam, undang-undang mengekalkan mereka pada agama asal. Justeru tindakan Majlis Raja-raja itu harus dipuji.

Namun, ketika seluruh umat Islam melahirkan rasa syukur, sekonyong-konyong Nazri Perak melahirkan kekecewaan. Utusan melaporkan:

Mohamed Nazri berkata, Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian mengenai cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) itu sejak tahun 2006 lagi.

"Ia juga melibatkan perbincangan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mufti-mufti dan semua persatuan keagamaan dalam negara termasuk melantik bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman sebagai penasihat mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan kajian yang secukupnya dan berpendapat kerajaan telah bersedia untuk meminda undang-undang berkenaan.

"Bagaimanapun saya menghormati keputusan Majlis Raja-Raja semalam dan kerana ia melibatkan undang-undang Syariah yang harus diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Akhirnya dengan penuh kecewa kerana tidak dapat mengekalkan kanak-kanak dalam agama kafir, Nazri berkata, "Saya juga tidak pasti bilakah undang-undang ini akan dipinda kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk memuktamadkan perkara ini."

BUKTI UMNO SAMA DENGAN CHIN PENG & AYAH PIN

Sekonyong-konyong, melenting yang amat sangat pemimpin-pemimpin Umno bila Tok Guru Nik Aziz samakan Umno dengan Chin Peng (komunis) di sudut jahatnya dan sama dengan Ayah Pin di sudut sesatnya.

Untuk nampak hero, maka si Anuar Safian, Ketua Pemuda Umno Kelantan terus membengis:

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan UMNO dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini...."


Sebelum melenting, cuba renungkan fakta berikut:

1. Ketika berkunjung ke Jengka, Tun Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri mengatakan PAS sama seperti komunis. Tetapi di zamannya jugalah berlakunya Perjanjian Hatnyai iaitu perdamaian dengan Chin Peng dan pengikutnya pada 2.12.1989. Dengan perjanjian itu ratusan ahli PKM dibenarkan masuk dan tinggal di Malaysia.

2. Anuar Safian patut bertanya Tun yang masih hidup, berapa orang rakyat Malaysia yang telah dibunuh oleh pendokong PAS kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Jangankan dibunuh, dijentik telingapun belum lagi.

3. Soalan Anuar Safian kepada PAS, berapa ramai yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno, Anuar boleh jawab sendiri. Saya hanya memaparkan beberapa catatan sejarah yang pemuda Umno jangan berdolak dalik.

4. Ketika berlaku Peristiwa Memali tahun 1985, Anuar Safian belum baligh lagi. Tahu tak siapa di belakang pembunuhan Ibrahim Libya dan 13 penyokong PAS di Memali? Bukankah Umno yang begitu zalim telah memperkudakan polis untuk melaksanakan perancangan jahat menghancurkan perjuangan PAS.

5. Siapakah yang menggunakan kayu, batu, besi menyerang petugas PAS di Felda Lubuk Merbau ketika pilihanraya kecil Padang Terap sebelum Tragedi Memali yang mengakibatkan terbunuhnya Allahyarham Othman Talib. Mereka semuanya samseng Umno sama lah dengan Chin Peng. Peguam PAS ketika itu, Hj Suhaimi Said yang membongkar kisah itu akhirnya disumbat ke Kem Tahanan Kemunting.

6. Pimpinan PAS Perlis Cikgu Taharin mati ditembak oleh siapa? Pimpinan Pemuda PAS Samad Ghul mati di kapak. Profesor Zulkefly Mohamad dan isterinya terbunuh dalam kemalangan yang disengajakan oleh siapa? Aktivis PAS Pasir Salak dibunuh dalam satu pilihanraya umum sedikit masa dahulu.

7. Pembunuhan politik yang didalangi Umno bukan sahaja berlaku kepada pembangkang tetapi musuh politik dalaman turut menjadi mangsa. Menteri Kabinet Dato Mokhtar Hashim dipenjara kerana bersalah membunuh Dato Taha dalam perebutan Umno di Negeri Sembilan.

8. Dato Mazlan yang dikerat 18 dibunuh oleh Mona Fendi suami isteri yang juga ada hubungan dengan Umno. Jadi apa masalahnya kepada Pemuda Umno kalau TG Nik Aziz menyamakan perjuangan Umno sama dengan Chin Peng. Berkaitan Ayah Pin,tak kan pemuda Umno Kelantan tak ingat Dr Mahathir pernah memberi amaran kepada kerajaan APU di Kelantan supaya jangan sesekali melaksanakan Islam di Kelantan. Jangan lupa juga Zaid Ibrahim yang baru bertaubat itu ketika menjadi pemimpin Umno pernah menyaman hukum hudud! Ayah Pin pun tak macam tu.

Bukan sekadar Anuar Safian, bahkan Ayahanda Harussani yang dihormati juga patut baca fakta-fakta ini untuk mengetahui betapa sesatnya Umno dan betapa jahatnya mereka membunuh rakyat.



Monday, June 22, 2009

DEMI PERJUANGAN

KERAJAAN PERPADUAN PERGI
JAMAAH PERPADUAN MARI

Bila ulama' sesama ulama' berkhilaf, jangan disamakan seperti orang bergusti

Kerajaan Perpaduan bukanlah masalah usul (pokok) dalam syariat Islam. Tiada dalil qat'i yang mengharuskan atau mengharamkan. Ia adalah persoalan ijtihadiyah. Maka tidak hairanlah jika pimpinan PAS sendiri tidak sependapat dalam perkara ini. Hukum bagi masalah ijtihadiyah dan furu' berubah mengikut keadaan dan suasana.

Qaedah Fiqhiyyah menyatakan:

لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان والمكان والحال
"Tidak ditolak perubahan hukum dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan."

Walaupun lontaran idea itu datang dari Presiden, namun melihatkan ketidak sediaan banyak pihak dalam menerima idea ini serta manipulasi pihak musuh yang mempergunakan isu ini untuk kepentingan mereka maka Tuan Guru Presiden dengan rendah hati menarik balik idea itu.

Begitulah besarnya jiwa seorang ulama' yang mendapat pengiktirafan gerakan Islam seluruh dunia. Sekalipun beliau boleh sahaja membuat keputusan yang akhirnya menjadi kewajipan kepada semua ahli untuk mentaatinya kerana mentaati amir dalam perkara ijtihadiyyah adalah wajib selagi tidak bertentangan dengan syariat. Namun Presiden memilih untuk tidak berbuat demikian melihatkan kepada maslahah dan mafsadahnya.

Di pihak Mursyidul Am pula, kerelaannya menarik balik lontaran kemarahannya kepada Timbalan Presiden adalah satu tindakan yang sungguh mulia. Inilah hikmah usrah. Apabila bertemu, ukhuwwah akan terjalin. Persengketaan akan hilang. Ketika timbulnya isu muzakarah yang menyebabkan orang ramai melihat Mursyidul Am dan Presiden seolah-olah bertempur dari jauh, namun apabila mereka bertemu, Allah satukan hati mereka. Dakapan presiden dan Mursyidul Am menguraikan segala yang kusut.

Subhanallah... Inilah jamaah Islam. Inilah gerakan Islam. Inilah yang dicemberui oleh kawan dan lawan. Barangkali, ini adalah hasil doa dan solat hajat ratusan ribu ahli yang sayangkan jamaah Islam ini.

Begitulah mulianya jamaah yang dipimpin oleh ulama'. Ulama' adalah pewaris Nabi, ulama' adalah manusia yang takutkan Allah melebihi 'spesis' manusia lain. Inilah kenyataan dari Al Quran dan Hadith. Dalam berkhilaf, ulama' memelihara dan meraikan adabul khilaf. Dalam berhujjah, ulama' bersandar kepada dalil naqli dan 'aqli. Dalam berijtihad, ulama' melihat dan merenung kemaslahatan ummah. Dalam kerasnya, ada kelembutan. Dalam lembutnya ada ketegasan.

Di manakah kedudukan kita berbanding ulama'. Siapalah kita, hendak bertempur dengan ulama'.

Sesungguhnya PAS adalah sebuah jami'ah, sebuah universiti. Bahkan PAS adalah sebuah struktur pendidikan yang kompleks. Bermula pendidikan diperingkat akar umbi yang dibina di atas usrah dan tamrin. Hinggalah ke peringkat pertempuran politik dan kajian ilmiah, syura ulama' dan ijtihad politiknya. Beruntunglah mereka yang telah melalui kesemua peringkat tarbiyah dalam jami'ah PAS ini.

Ijtihad-ijtihad politik pimpinan PAS seperti ijtihad tentang kepimpinan ulama awal 80an, ijtihad ketika bertahalluf dengan Umno (1970an), CCC, Nasma, kemudiannya bersama S46, Hamim, Berjasa (1990) dan kini bersama PKR dan DAP serta pewujudan Kelab Penyokong PAS menjadi kajian ilmiah yang diberikan tumpuan hebat di universiti ternama di Timur Tengah dan Eropah.

Pensyarah sains politik hanya berteori. Tetapi graduate dari 'Universiti PAS' adalah mereka yang menghayati, menyelami dan merasai jerit perihnya perjuangan Islam. Sesungguhnya ahli dan pejuang PAS adalah mereka yang lebih hebat dari pak profesor di U-U yang bertaburan atas muka bumi ini.

ALLAHU AKBAR!







Sunday, June 21, 2009

TAMRIN SIYASI BERJAYA

Alhamdulillah. Setelah beberapa lama merancang, akhirnya DPPKB berjaya mengadakan siri tamrinnya yang pertama bagi penggal ini Sabtu lalu. Ia diadakan di luar kawasan Bentong iaitu di Markaz Cempaka, Lanchang bagi memberi kelainan kepada peserta yang bernaung di bawah kawasan Bentong.

BERJAYA yang dimaksudkan itu ialah berjaya menghidupkan tamrin yang telah sekian lama dilupakan... dan berjaya memperkenalkan tamrin kepada ahli yang belum pernah mengikutinya. Peserta berpuas hati dengan pengisian kuliah Maghrib dan Subuh, pembentangan kertas kerja, ceramah, bengkel, riadhah rohani dan jasmani serta qiamullail.

Tamrin selama 2 hari dengan penumpunan memantapkan organisasi itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad, YDP PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abd Rahim Latif dan Pengerusi Tetap DPPK Kuala Krau, Ustaz Haji Sharif. Pengisian mantap yang mereka berikan benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada peserta.

Ustaz Suhaimi di dalam pembentangannya menjelaskan secara terperinci peranan Pemuda serta fungsi lajnah dan jabatan di dalam DPP kawasan.

Semoga semua ahli yang tidak hadir akan bersedia untuk menyertai tamrin yang akan diadakan lagi pada masa akan datang.





Thursday, June 18, 2009

Ahli PAS diminta bertenang

Oleh: USTAZ IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.