Ketika menjengah laman2 di internet yang mempromosikan pesta hiburan melampau di Bukit Tinggi Resort 25 april lalu, terdetik di hati, "Apa lagi bala Allah yang akan turun selepas ini?" Hari ini cuaca sangat panas. Bagaikan berada di benua Afrika.
Bentong, satu daerah yang agak luas dalam negeri Pahang. Bandar Bentong dikelilingi hutan belantara dan banjaran serta gunung ganang. Cuaca di puncak sungguh dingin. Pemandangannya sungguh indah dengan sajian flora dan fauna ciptaan Ilahi.
Udara yang menyegarkan itu menyebabkan manusia yang ingin melakukan maksiat dan kemungkaran merasa sungguh selesa. Beberapa puluh tahun yang lalu, seorang taukeh Cina menaiki helikopter bersama Tunku Abd Rahman. Melihat puncak banjaran yang memisahkan Pahang dan Selangor itu, taukeh Cina itu menyatakan hasratnya untuk menjadikan puncak itu sebagai pusat hiburan tersohor dan kasino serta tempat perjudian ternama.
Entah apa syarat dan tawaran sebagai timbal balasnya, ratusan ekar tanah itu dianugerahkan kepada mendiang Lim Goh Tong untuk dijadikan pusat aktiviti mungkar terbesar di rantau ini. Bermula dari peristiwa hitam itu, negeri Pahang mula berpayung di bawah pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara, Genting Highland.
Episod sedih ini mengakibatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang ditugaskan di Bentong berada dalam dilema. Apatah lagi semenjak dibuka sebuah lagi pusat peranginan di Bukit Tinggi oleh Berjaya Group. Walaupun plan awal mereka hendak menjadikan Bukit Tinggi sebagai kasino dan pusat perjudian dibatalkan, namun pelbagai aktiviti durjana tetap diadakan di situ dengan mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa.
Genting Highland dan Bukit Tinggi benar-benar berhantu kepada pihak berkuasa tempatan dan pegawai tinggi kerajaan di sini. Mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap aktiviti mungkar di atas bukit berkenaan. Ada yang mengatakan, pegawai kerajaan tidak berani bertindak kerana pusat berkenaan menjadi tumpuan pemimpin negara untuk 'bersosial'. Bahkan sudah ramai pemimpin yang menghembuskan nafas terakhir ketika berada di sana.
Ada juga yang kata, mereka takut bertindak kerana itu kawasan MB. Justeru, biar sealim manapun PTD, YDP Majlis, DO, OCPD mahupun Qadi, mereka tetap tidak mampu menghalang aktiviti mungkar di Bukit Tinggi dan Genting Highland.
Bukan calang-calang orang, pegawai2 yang dihantar ke sini. Ada yang pernah belajar di negara Arab, ada yang lahir di negara Arab, ada yang aktif dalam jemaah Tabligh, ada yang..... bermacam-macam lagi lah.
Namun apa mereka mampu buat kerana prinsipnya, "Saya Yang Menurut Perintah."
Bukan sahaja di atas puncak bukit sahaja, di bawah dan tengah bandar juga sama. Hampir setiap tahun pihak berkuasa meluluskan aktiviti Fun Fair di daerah ini. Ada kalanya ia diadakan di Jalan Lama Kuala Lumpur. Kini mereka adakan di Batu Satu. Bila sebut funfair, maka sudah pasti ia mengundang kesan yang negatif. Bila sebut funfair, ia pasti dimeriahkan dengan 'mini judi' yang cuba dihalalkan dengan nama tikam.
Amat sedih apabila melihat ibu bapa yang kurang perihatin terhadap didikan agama anak-anak mengheret tangan anak-anak dan mendokong bayi yang masih kecil untuk 'dihiburkan' di funfair. Secara langsung si ayah dan si ibu seolah-olah mendidik anak untuk berjudi, mendidik anak untuk mengamalkan budaya hedonisme.
Pihak berkuasa juga tidak bertindak ke atas pasar raya-pasar raya di daerah ini yang memaksa pekerja yang beragama Islam menguruskan penjualan arak. Ada antara mereka yang disuruh mengangkat tong arak. Ada yang ditugaskan dikaunter bayaran yang tidak diasingkan, sekali gus menyebabkan remaja ini terlibat 'menjual' arak. Bahkan ada juga pasar raya yang menugaskan remaja muslimah sebagai penjaga kaunter arak secara khusus. Apa tindakan Pejabat Agama Islam, apa PDRM buat, apa MPB buat, apa majlis daerah buat? Apa tindakan mereka kepada pengurusan pasar raya Tong Fatt (TF), The Store dan lain-lain.
Kami dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bentong sangat bimbang dengan fenomena ini. Kami bimbang tiga perkara utama:
1. Kami bimbang apa akan jadi kepada generasi umat Islam di masa akan datang yang setiap hari dihidangkan dengan aktiviti kemungkaran secara maya dan secara 'real' di hadapan mata. Pesta arak di Bukit Tinggi malam Ahad lalu menyaksikan kehadiran lebih 70% anak Melayu daripada 8,000 peserta.
2. Kami bimbang terhadap pertanyaan Allah di akhirat kelak. Apa kami akan jawab jika Allah bertanya, "Wahai manusia, kenapa kamu tidak bertindak menghalang kemungkaran apabila ia berlaku di hadapan kamu, di kampung kamu dan didaerah kamu. Adakah kamu takut kepada manusia, sedangkan sepatutnya kepada Akulah kamu patut bertaqwa."
3. Kami bimbang apa dan bagaimana bentuk kemurkaan Allah apabila buminya 'dimakmurkan' dengan aktiviti mungkar. Kerana kami beriman dengan perkhabaran Rasulullah S.A.W. bahawasanya bala Allah, apabila ia turun, ia tidak mengenal yang melakukan dosa atau yang tidak melakukannya. Ia turun secara umum. Baru-baru ini Bentong sudah dilanda ribut yang dahsyat memusnahkan lebih 200 buah rumah di Benus. Banjir juga kerap berlaku. Sekarang cuaca yang sangat panas, walaupun hujan turun di sebelah petang dan awan sentiasa mendung.
Kami bimbang ini menjadi muqaddimah kepada bencana yang lebih besar dan menggerunkan. Bencana datang bukan hanya dalam bentuk malapetaka fenomena alam sahaja, bahkan Qarun dan pengikutnya pernah ditelan bumi, Firaun lemas di dasar lautan, Namrud digigit nyamuk. Ada kaum yang Allah hantar angin panas, ada yang dihempap dengan objek dari langit, ada yang disesatkan di padang pasir selama 40 tahun dan berbagai-bagai bentuk hukuman Allah lagi. Justeru...
- Kami bimbang ribut Katrina di Amerika akan beralih ke Bentong.
- Kami bimbang banjir di Bangladesh akan sampai ke Bentong.
- Kami bimbang tsunami yang melanda Acheh akan melimpah ke Bentong.
- Kami bimbang gempa di Kobe, Jepun akan menjalar ke Bentong.
- Kami bimbang letusan gunung berapi di Jawa akan menyerang Bentong.
- Kami bimbang selsema babi di Mexico akan merebak ke Bentong (walaupun Menteri Kesihatan orang sini).
- Kami bimbang kepanasan Sahara akan membakar daerah Bentong, membakar pejabat Qadi, membakar IPD, membakar Majlis Perbandaran, membakar Pejabat Daerah, membakar Masjid Daerah, membakar seluruh makhluk yang tinggal di bumi Bentong ini.
Ya Allah ampunkan dosa yang kami lakukan di atas muka bumi-Mu ini. - Ya Allah selamatkanlah kami dari bala bencana yang turun disebabkan dosa orang lain.
- Ya Allah berilah petunjuk dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin negeri ini.
- Berilah peluang kepada mereka untuk kembali ke jalan-Mu.
- Ya Allah jangan Kau matikan kami sebelum kami sempat menyaksikan runtuhnya pusat aktiviti mungkar dan maksiat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Colmar French Village menjadi saksi kemungkaran yang dilakukan oleh 8,000 manusia yang dikawal keselamatan mereka oleh pihak polis dan rela. Aktiviti mereka dikira tidak melanggar undang2 kerana permit diluluskan oleh pihak berkuasa hingga pukul 3.00 pagi.....
Lu pikir la sendiri....
No comments:
Post a Comment